Sunday, 5 February 2017

Just an update <@

Fuhh.. Fuhh... *tiup habuk* Hai blog, dah lama tak update. Hahaha. Malas. Sebab kalau aku bukak laptop just buat kerja, chek email and so on. Hhahaha. Aku nak cerita pengalaman seram suam suam kuku dekat UiTM. Hahaha. Now aku dah masuk 2nd year student. Maknanya dah 3 sem aku dekat UiTM Puncak Alam. Okay.. here we go!

SEM 1

Sem 1 ni.. macam biasa.. first2 tu takde ape2. just stress dengan MDS. Biasa lah tu. Sape je suka minggu orientasi. It's start week-6 atau week-7. Petang tu aku dengan kawan aku si Syafiq Naser nak buat assignment FND sama2 dekat pondok yang berhampiran dengan blok A1. Buat kerja dari lepas asar sampailah hampir nak pukul 12.00 tengah malam. Tu pun sebab JPK Kolej halau. Hahaha.

Memang jenis aku kalau keluar malam2 memang sebelum tido aku akan mandi. Sebelum aku mandi, aku rest kejap.  Aku kemas barang2 aku, aku minum air. Roomate aku dah tido time tu. Dalam pukul 1 aku amik towel nak mandi. Toilet kolej aku dalam rumah. And dalam toilet  tu ada 2 tandas. Satu tandas duduk, satu lagi tandas mencangkung.

 Aku biasa mandi dekat tandas duduk sebab dia ada ruang boleh letak barang2 mandi. And dekat dinding pemisah 2 tandas ni macam ada ruang. Okay, back to my story. Lepas siap2 mandi, aku tutup pili shower. Aku ternampak kain buruk warna putih berjuntai. Aku syak budak rumah gantung kain buruk dalam toilet. Tapi pelik gak, macam dah takde tempat lain kau nak gantung? Hahaha. Aku pun amik barang2 mandi aku and aku amik towel aku. Entah kenapa aku rasa macam nak tengok atas. And aku angkat kepala aku. And guess what? Aku nampak something duduk bertenggek atas tu. Aku tak nampak muka, sebab rambut da tutup muka. Aku memang tak laa duduk lama2 tengok dia kan? Aku cepat2 bukak pintu and belari masuk bilik. Alhamdulillah tak kena kacau malam tu. Huhu.

Second  story. Ni berlaku time study week. Roomate aku sem 1 budak farmasi. Dia orang Seremban. Time study week dia balik Seremban. Petang tu mak dia datang sebab mai amik dia. Huhu. So memang aku duduk sorang2 lah dalam bilik aku. Aku dengan roomate aku memang jenis suka kunci bilik. Petang tu aku keluar, pergi rumah kawan. Tapi sempat la berjumpa dengan mak roomate aku.

Roomate aku whatsapp aku yang dia dah balik and dia kunci pintu bilik. Aku cakap okay, and aku bawak kunci. Tengah malam baru aku balik bilik. Hahaha. Sebab makan malam tu Syafiq naser ada bawak makanan dari kampung, dia ajak aku makan sama. Lepas tu join diorang lepak dekat gym outdoor dekat blok A1. Lepas tu terserempak dengan Abang Wan si MPP merangkap senior grafik aku. Aku abaikan geng syafiq and aku sembang dengan Abang Wan sampai tengah malam. Aku ada cerita pengalaman yang aku kena dalam toilet tu dekat Abang Wan. Dia just cakap jaga kebersihan, Nak2 perempuan. faham2 lah. Hahaha.

Dalam pukul 12 chenggitu aku balik kolej aku. Tak lah jauh sangat pun. Just terpisah padang bola. Aku sampai dekat bilik. Aku try bukak, okay kunci. Aku keluarkan kunci aku. Time aku masukkan kunci nak bukak tu... ada orang bukak kunci DARI DALAM. Nak cakap tu roomate aku. Dia dah balik petang tadi. So aku pun bukaklah pintu. And guess what? Nobody in there! Berhuhu betul aku. Bilik gelap. Memang takde oranglah senang cerita. Last2, aku whatssapp kawan aku yang duduk A1 yang aku nak tido rumah dia. Sebab aku dah rasa lain duduk dalam bilik tu lama2. Belari aku tengah2 malam buta redah padang bola tu pi blok A1. Hahahaha. At least banyak lagi tapi aku malas nak story. Ni jelah dulu. Yang aku kena time sem 2 dengan sem 3 esok aku sambung. kalau aku tak busy lah. bai


Thursday, 30 June 2016

#THROWBACK :)


Holla blog! long time not see! Hahahaha. dah lama tak bukak blog. Tetiba dalam memory lane pasal asrama. Hahahahaha. See, tajuk pun nama #THROWBACK :). Ni throwback pasal Asrama 2014. Dah nak hampir 2 tahun aku tinggalkan asrama. Masih terasa dengan suasana asrama :). Okayy.. let's begin...

Alkisah malam pertama di asrama selepas hari pendaftaran. Aspuri dah ada kapten time tu, cuma nak cari AJK asrama dgn biro2 asrama. Aku duduk depan sambil termenung and aku suke tengok jam. Ntah, dah buang tabiat aku ni. Hahahaha. Lepas tu dengar cikgu Badrul si warden asrama lelaki bagitau "Okay budak aspuri, kita dah ada Kapten, sekarang kita nak cari naib kapten dulu. Pilih la kakak awak yang paling lama duduk asrama, yang rasa boleh harap *sambil pandang aku* dan awak rasa boleh jaga awak2 semua" Aku rase nak cekik2 je cikgu time tu. Lepas tu terdengar budak2 jerit nama aku "KAK ECAH!!! KAK ECAH!!!!" Cikgu salbina cakap2 dengan Cikgu Badrul and she said "Ecah, awak naib kapten untuk tahun ni" Whattaheck?! 

Okaylaa.. aku redho dalam masa yang sama aku pun suka sebenarnya. KAHKAHKAH! Ramai yang cuak sebenarnya. Sebab selama ni diorang just nampak aku seorang yang garang, bengis, err... dan sewaktu dengannya lah.  Kapten si Ain tu pun first lega jugak sebab dapat aku sebagai pembantu sebab dia tau budak2 takut aku. KAHKAHKAH! Okay~ kehidupan aku as Naib Kapten advance sebab aku boleh bawak phone ke asrama. Hahaha. Even aku jadi Naib Kapten, bukan mudah aku nak buang dunia jenayah aku, especially FLY!

Budak2 semua first tu takutkan aku. Kalau lalu sebelah aku, tunduk sikit and tegur "Kak Ecah~", Aku macam biasa, kalau aku tak biasa dengan seseorang tu, aku akan angkat kening and senyum senget je. HAHAhA! Dan time aku sekolah dulu, panas baran aku sangatlah teruk berbanding aku masuk U. Sangat teruk. Mungkin sebab dari jadi squad leader dulu kot. Ntah. Hahaha. 

Jenis aku sangat suka perhatikan satu keadaan. Setiap selasa, surau asrama aku akan adakan usrah. Dan setiap penghujung usrah tu ustaz akan ceramah dan bagi kesimpulan menyeluruh pasal tajuk usrah. Aku peghati je budak2 asrpuri ni. Kalau ade sorang 'ustaz terjun' bagi ceramah pasal cinta, kemain khusyuk mengkome ye. Ni pasal kehidupan harian bising cam nokharomm. And malam roll call tu mestilah aku meletup gila babengg. hahahaha. Semua diam. Tahan la dalam sebulan lebih. Lepas tu buat lagi. Choii~ tak cukup kena clorox. 

And ada sekali tu, Kapten takdak, Ketua warden takdak and warden asrama pun takdak. So, aku lah paling berkuasa dalam aspuri tu kan??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA *gelak setan*. Adalah malam sebelum tu budak2 tingkap bising gilaa sampai budak yang tengah tido boleh terbangun kau. Haa. aku ape lagi, sound dari koridor luar. HAHAHAHA. Ingatkan nak bawak hal tu roll call malam esok. Tapi aku bawak je. HAHAHA. Andd... Pada petang keesokkan harinya, hari Jumaat dimana minggu asrama tak balik. Dalam pukul 7.00 p.m. aku naik aspuri sebab aku petang2 bese main bola tampar. Aku naik mandi2 and turun dalam pkul 7.15 p.m.. Selepas selesai solat maghrib dalam pukul 7.30 p.m. la. Saf pun x sampai sebaris. Okay.

Dalam pukul 7.45 p.m. aku serbu masuk aspuri. Aku jerit dari bawah, dekat ampaian "DALAM MASA 5 MINIT AKU NAK TENGOK BILIK SEMUA KOSONG!! KALAU DALAM MASA 5 MINIT AWOK MU *korang* TAK TURUN SURAU, TUNGGU JELA AKU DENDA APE MALAM NI" Lepas tu aku terdngar lah orang duk hemapas locker, belari la, bunyi kelam kabut la. HAHAHAHAHA. Aku pun terus berlalu ke surau~. fufufufufufuuu~~~~.. Aku tunggu depan surau sambil menyandar dekat tiang surau. Belari sorang2. Lagi cuak tengok aku ade depan surau. Aku pun masuk dalam  surau. Aku terdengar lah pili paip bukak. Aku kluar lah tengok. Haii, dah lame2 duduk dalam bilik tak solat maghrib lagi? Dan semestinya aku tak berdiam diri je. Terus aku pergi dekat budak2 form 2 dan bertanya "Baru nak solat maghrib?" diorang just diam. Aku pun bagi la sedas dua ayat yang kasi menyengat "Duduk lama2 dalam bilik turun surau baru nak solat maghrib. Duduk dalam bilik lame2 wt nape? xkan x sempat nk solat?" Semua diam ja. KAHKAH! 

Lepas solat maghrib dengan Isyak, aku kumpulkan semua budak2 aspuri. Budak2 pun dah boleh agak apa yang bakal berlaku dengan raut muka aku dah macam singa. Memang kaw kaw la aku bagi. Habis aku bebel. HAHAHAHA. Sebab aku pernah bagitau "Jangan bagi kak ecah hilang sabar". Tapi memang time aku jadi Naib Kapten tu, ramai gila tak suka aku. And salah satu punca ada orang cakap aku nak rampas pakwe orang

Euww.. Kau ingat aku takde kerja lain ke? Setakat lelaki tu, sebelah mata aku tak pandang tau? Lepas tu ada pulak pemfitnah yang sememangnya menabur cerita bagi secukup rasa. I feel like a What the f..k is going on?! Dah la hampir satu aspuri pandang serong dekat aku??? Ingat aku nak sangat kee jantan tuu??? Lepas tu ade pulak sorang mamat ni acah2 Romeo. Phuih! aku menyampah gilaaa. Dah la cah2 gentleman, hati tisu, kuat tacing! Phuih! Emo tak tentu pasal mengalahkan aku time mood swing.  haha. Manusia paling kelakar time form 6 and bahan lawak antarabangsa. Dah. Malas nak bukak cite pasal tu. Sakit hati aku.

Dalam sebulan sebelum bulan puasa, aku start rapat dengan budak bilik sebelah aku. Bilik 2.7. hahaha. Rindu korang. Diorang lepas rapat dengan aku baru lah diorang tau perangai aku cam mane and diorang tak sangka perangai aku sebenarnya sangatlah lain dengan diorang nampak sebelum ni. Well, this is kak ecah lah *tiup kuku* .  Tapi time jamuan akhir tahun asrama, rase sangat lah sedih. Ye laa. last time kut dengan diorang. Hahaha. 

And now still ade yang contact, lost contact, lost terus pun ade. Aku rindu zaman 2014. Rindu sangat2. Terlalu rinduu... terlalu rinduu.. hahahaha. kbai.