Sunday, 22 February 2015

-no title-

Hai blog! Hehehe. Entry ni nak story pasal pengalaman seram aku duk asrama la. Hahaha. Okay. 

Form 2.

Mase form 2 aku just tumpang menginap kat asrama selama 1 minggu kes latihan kawad kaki untuk peringkat Negeri Terengganu. Mase petang nak chek in tu, kene naik ke tingkat 4. Ade sorg senior Kak Mirah aq panggil dia. Bilik yang aku duduk tu bilik 4.2, boleh dikatakan bilik keras lah jugak dalam aspuri tu. Malam tu, warden suruh team kawad yg dduk tingkat 4 tu baca yassin setiap bilik. Roomate aq mase tu baca yassin atas katil ramai2, aku duk pegang botol air mase tuh. Mase nak masuk dalam pertengahan bacaan surah yassin tu, tiba2 aku rasa mcm ada orang  lalu belakang aku. Padahal pintu semua kunci. Memang rasa la meremang bulu roma aku. Tegak gilee. Kak Mirah perasan yang muke aq dah lain mase tu. Lepas habis baca yassin. Kak Mirah tarik aku, and bg aku minum air bacaan yassin tu. Baru lah nampak okay. Kawan2 aku dgn akak2 bilik aku bgtau yg muka aq pucat gilee mase tuh. Ade satu pagi tu, aku, Jue, Fajar and Azie *sepupu aq*, duk tido. Mase form 2 kiteorang sek petang. Kebetulan mase tu hari exam pertengahan tahun, kteorang jawab exam awal la. Dalam pukul 8 pagi, kawan aku si Jue ni bangun nak pergi tandas, dia cakap dia nampak aq duk berdiri mengadap locker. Si Jue ni pun tegur lah "aq" tu "Syah, mu wt nape tu?" tapi "aq" xde respon pun, lepas Jue kluar dari tandas, dia nampak aq tido balik. Mase duk tengah bersiap nk pi jawab exam tu, Jue pun tanye aq "Syah mu ade bangun x dalam kul 8 tadi??" Aku just geleng je. Jue ade cakap yg dia tegur aq, tapi aq buat derk je. Sepupu aq pun menyapuk "Bukan Ecah laa klau ye x sahut org panggil ye", tetibe je 4 org ni rase seram. Cepat2 pakai kasut n blah pi sekolah.

Form 3.

Form 3 ni lah secara officially aku duduk asrama. Hahaha.Biasenye kalu kene ganggu wt derk je. Ade malam tu, aku baru balik dari bilik kawan aku kat tingkat 2, aku duduk tingkat 3. Dalam pukul 1.00 pagi aku baru masuk bilik. Hahaha. Biasalaa. Minah derakk. Mase tu perut aku sakit gilee keh aku tibai 2 botol besaq Nestle Bliss. Memang hoo laa. Mujur bilik air dengan tandas kongsi dengan bilik sebelah. Kalu asrama aku letak tandas hujung. Memang wassalam aku xkan pergi. Mase aku masuk dalam bilik mandi, tandas duduk kat tepi bilik sebelah, bilik sebelah pulak tutup lampu. Tombol pintu bilik sebelah yg menghubungkan dengan jamban pulak rosak, pintu tu boleh bukak dari dalam je. Aq punye lah berchenta duk ketuk pintu mcm nak roboh, diorang wt donno je. Tetibe aku dengar ade "orang" masuk tandas. Tapi aq x tgk la. Tapi aku dgr ade org berjalan k arah aku. Tapi dari ekor anak mata aku, mmg xde org pun  sebenarnya! Aq wt bodo dgn masih mengetuk pintu bilik sebelah suh bukak lampu. Lepas tu tetiba ade orang tiup dkat telinga aku. Duupp!! Tegak bulu roma aku. Okayla. Hembusan nafas manusia biasanya panas kan. Ni, sejuk gile. dengan angin mane ade mase tu. Smpai terangkat rambut aq yg panjang tepi ni. Tambah pulak dengan effect orang bukak air kat sink belakang, mmg nampak laa air yg mengalir kes ade satu sink tu bocor. Dengar pulak org tarik flush dalam jamban no.3. Aku pun pecut masuk bilik. Tutup pintu tandas n kelubung dalam selimut. Hahaha.Kesekokkan aq tanye bilik jiran tido awal ke and x dgr ke yg aq ketuk pintu mcm nk roboh je. Diorang cakap "Tido lambat mlm, x dengor pun orang ketuk pintu". Oke.

Tapi mase form 3, tiap2 malam aq asyik kreng je kaki aku. Dalam pukul 2 pagi, aq akan terkejut dari tido aq n kaki aq kreng. Menangis jugak lah aq. Kawan2 aq semuanya panik. Hmm. Ade sekali tu aq mimpi mase aq tido dalam kelas. Hahaha. Mase tu exam trial PMR. Aq mimpi kat asrama. Mlm. Macam suram gilee laa asrama mase tuh. Aq pi bilik 2.1, bilik kawan aq. Aq tengok lampu kelip2. Aku pun bukak pintu and guess what? aku nampak perempuan pakai baju songket n baju tu same mcm baju aku! perempuan tu duduk mcm perempuan nak beranak, darah penuh atas lantai. Sekali dia pusing kepala dia tengok aq, fuhh mukaa. Memang gilee.. Rambut panjang, mala bulat mcm bola ping pong n mulut ternganga tengok aku. Aku pun terus terkejut dari tido aq, Member aq pun terkejut tengok aq mangun mengejut mcm tu. Bingung aku. Ade satu malam tu aq lepak sensorang kat koridor tingkat 3 mengadap sekolah, aq ternampak bende meloncat2 kat belakang tembok sekolah. Aku pun syiuuu belari masuk bilik.

Form 5.

Mase form 5, tak banyak bende aku alami. Biasanya aq yg naik tingkat 4, orang lain yang kena. Macam ade satu kes ni. Mase tu ak nk siapkan homework aq, kes bising punye pasal, aku naik ke tingkat 4 even tingkat 4 tu kawasan larangan. Dalam petang mcm tu la, aku xde dalam bilik mase tu. Aq x ingt aq pi mane. Mimi budak bilik aq nak masuk tandas mase tu, pintu tertutup, mase dia nk bukak pintu tu, mcm ade orang tolak pintu tu dari dalam. Mase aku masuk bilik, si Mimi tu bleber kes aku naik tingkat 4 mase hari tu. Aq wt muke bodo je. Hahaha. Habit aku mase form 5 is tido petang. Ade sekali tu aq tengok si Illa duk pakai tudung dkat cermin tepi katil aq. Dia tepuk kaki aq untuk kejutkan aq la turun makan. Tapi malas nk bagi respon. aku wt bodo je. Lepas tu katil aq mcm kene goncang. Mmg kuat gilee laa. Teruih aku bangun. Aq tengok Illa, si Illa ni pelik la aq tengok dia. Lpas tu aq cakap "Tunggu sat, nak siap turun makan". Mase turun makan tu, aq tanye si Illa, dia ade goncang x katil aq. Illa cakap la xde pulak. Oke.. sape yang hogeh katil aku? Mase malam first duk asrama lagi syok. Tido tepi tingkap, xleh tido, aq selak langsir, bukak tingkap. tengok coart bola tampar and guess what?? dengar mcm2 bunyik laa. Org jalan seret sliper jepun. Lepas tu cepat2 aq tutup tingkat and kepit langsir supaya x terbukak n tido. Hahaha.

Lower Six.

Mase 6 rendah aq masuk asrama dlm akhir bulan 5. Yelaa. pasai 6 rendah daftar mase pertengahan bulan 5. Mase 6 rendah duduk sebilik dengan kakak aku. Bilik 3.8. tepi bilik kakak aq kosong, tapi berkunci n xleh bukak pun bilik tu act. Tapi biasalaa. Kakak aq kan penjajah. Suke suki je dia bukak bilik 3.7 secara haram. Hahaha. Kiranya, roomate aq yg lain termasuk kakak aq tido bilik 3.7, cuma aq seorang je tido bilik 3.8. Alone. Yes! Alone. kene kacau tu.. entahla. tapi memang dikatakan setiap pukul 2 pagi aku akan terkejut and badan aq panas gile even aq duduk bawah kipas. Lengan dengan kaki sebelah kiri aq memang lenguh gilaa. Aq berpeluh pun, peluh dingin, x berpeluh mcm panas biasa tuu. Aq just baca ayat kursi and tido balik. Mase duduk tingkat 3, xde la kene kacau teruk sgt. Mase kene pindah bilik bawah kes bebudak PMR "dihalau" mase tu. Duduk bilik 2.2, hahaha. Memang gila laa. Kak Ima dengan Nurul turun dewan makan malam tu kes ade ade latihan sketsa untuk jamuan akhir tahun asrama. Kak Ima bgtau yg tong sampah dalam bilik bergerak sendiri, and si Nurul nampak bende hitam dalam bilik aku. Mase nak naik bilik tu, terdengar mcm bende bersiul. Memang terkejut gilaa ahh. Dah la mase tu kul 12.00 tengah malam. Malam jumaat. Memang........ mase tu kakak aq xde, dia pi kem Pengajian Am, naik bilik aq amik wuduk and baca yassin. Dah la dalam bilik tu aq sorg je yg boleh sembahnyang mase tu, Kak Ima dengan Nurul bulan mengambang. Mase pukul 2, aq terkejut and aq nampak kelibat hitam kat tepi aq, pkul 3.15 pagi pulak baru aq boleh tidur. Ade sekali tu aq nampak budak perempuan rambut pendek, ikat rambut depan, pakai baju pink. Duke berdiri tepi bilik study form 3. Aq nampak, aq wt bodoh, tengok sekali lagi, dah xde. Mase aq demam panas, keesokkan exam Sem 1 paper sejarah. Demam memang x bangun la aq. Buku pun aq tak sentuh. Last2 aq telan ubat demam and tido je. Aq sorang je dalam bilik. Kakak aq pi duk bilik lain kes nak tgk citer. Macam2 bende laa aq nampak n kene ganggu, kalau aq nak lari pun, bukan larat, nak angkat kepala pun x larat. Last2 aq abaikan seme bende tu.

Upper Six.

Kes Upper Six ni banyak. Banyak gile. Mase awal tahun sambut birthday Nurul. Memang bising laa. Lpas sambut tu, pintu bilik aq terbukak sendiri. Tergaman aku. Semua lari kat katil aku. Mase 6 atas aku kembali duduk bilik 2.8. Last2 bilik kiteorang tido dengan lampu terbukak. Hahaha. Ade petang tu, budak2 bilik aq tengok citer Highland Tower. Si Nurul tengok. Dah tau diri tu lemah, pi cakap besaq. Aku pulak baru bangun tido petang tu. Tengok la si Nurul and si Tikah budak form 4 tu tgk citer tu. Nurul cakap beria. Mmg cakap besar la. Aq pi amik towel nak mandi, dalam tandas aq omel "cakap besor laa, mintak2 kene malam ni", and guess what? Memang kene sungguh. Malam tu aq nak siap2 masuk tido. Aq basuh muka. Lepas tu aq tengok bebudak bilik aq belari masuk tandas. Dah la rempuh aq mcm badak sumbu langgar pokok je. Aq masuk bilik, tengok Nurul duk menggelupur *haha* atas katil. Aq ingt nak lari keluar ikot pintu bilik, tapi semangat aq hilang terbang. Aq pun masuk kot tandas and keluar kot bilik sebelah belari ke rumah warden. Mase nak suh budak2 kumpul kat musolla, si Tikah pulak rebah. Dia pulak yg kena *garu kepala*. Tapi alhamdulillah x ramai kena. Cuma 2 orang tu je kena. Mase keesokkan hari, budak sekelas dengan Tikah bgtau yg bende tu masih ade dengan tikah. Mase makan tengah hari kat dewan makan, sementara nk tunggu dewan makan bukak, duk surau lu. Aku pi kat Tikah. Biasenye, si Tikah ni takut nak setentang mata dengan aq kalau aq wt tajam or bulat mate aq. Tapi hari tu, dia berani lawan mata dgn aq. Aq pulak yg jadi takut nk tgk mate dye. Lepas tu ntah mcm mana dia boleh menjerit. Fuhh. Punyelah havoc mase tu.. aq pegang kaki dia n baca 3 kul. Lpas dia okay, terketar2 tangan aku. Nasi x habis aq makan. Mase dalam bilik, Nurul pulak yg kena. Dia buat x sedar. Tapi ape yg dia cakap tu aq layan jelaa. hahaha. Dah la duk belakang aq je mase tu. ye duk atas katil aq. Terbayang2 aq tetibe dia cekik aq. Hahaha.

Ade satu malam tu, blok belakang black-out, suis besar duk bawah, panggil budak2 aspura. Lepas pada budak2 aspura balik. Malam tu aq x boleh tido. First aq dengar aorg berjalan k tepi koridor mengahala ke musolla @ bilik gosok. Aq fikir budak2 nk iron baju. Aq wt x tahu jela. Tapi bayang2 org lalu pun aq x nampak. Lepas tu,mcm ade org hogeh *goncang* pintu bilik aq. kuat giler! Memang aq nampak sendiri. Sampai bergegar pintu tu. Lepas tu diam. Ingtkan dah habis. Lepas tu aq nampak mcm ade org cabut pin langsir tu, and guess what?? bende tu main au chak au chak dengan aq. And aq nampak rupe bende tu. Aq keras kejung ataih katil. Dah la katil aq hjung sekali. Betul2 tepi tingkap. Last2, aq kelubung dalam selimut, baca ayat kursi and 3 kul. Pagi tu aq bangun lewat jugak la. Aq tgk langsir yg tercabut pin yg aq nampak tu. Dah oke kedudukannye. Aik?? Aq pun tanye si Tikah kes katil dia tepi langsir tu, ade k dia cabut pin tu? Tikah jawab xde. Oookaay. Tikah bgtau dia mimpi hantu budak, rambut n gaya same terus mcm aq. Mmg gaya rambut yg Tikah bgtau mmg jenis aq buat rambut mcm tu. Yang aq x boleh blah, muke budak tu same mcm aku.

Selain tu, Mase nak roll call mlm2, aq dgn si Ayu, nak masuk musolla, dia pun goncang tangan aq, dia pun bisik "Kak Ecah, Ayu nampok budak tuu.. kat tangge tepi bilik 2.1" sambil tunjuk. Aq rase nak cepuk je budak ni. Tapi aq tengok, xde.. sbb Aq x nampak. Mase lepas cuti penggal 1, dalam seminggu lepas bukak sekolah. Mase maghrib. Aq amim wudhuk nak turun surau. Kebetulan mase tu org tengah azan. Aq amik wudhuk memang setentang dengan cermin. And aq nampak si Tikah bilik sebelah duk jemur  dalam cermin, sekali aq pusing nak tegur, xde orang belakang aq. YE. TAKDE ORANG! aq pun pusing balik tengom cermin and still nampak bayang2 tikah mase tuh. Tapi xde perbuatan. Dia just duduk diam je. Lepas tu terus aq belari masuk bilik. Lepas kejadian tu, mmg aq dah x tengok cermin waktu maghrib. Ade satu pagi tu, nak bangun solat subuh, aq x pi sek la kes exam sem 3 dah habis and study untuk repeat paper pun aq study sendiri. Pagi tu aq gosok gigi, and basuh muka, muka aq ade kesan calar, banyak n panjang jugak la. Dekat bahu pun ade. Dah la pedih kene air. Tapi aq x tahu sape cakar aq, malam2 aq bese tido dengan Najwa, tapi x mungkin dia yg cakar aq or aq yg cakar keh aq dgn Wawa bukan jenis simpan kuku panjang. So.. aq amik tindakan, malas nk siasat. Tahun lepas pun aq sentiasa mimpi bende2 pelik kalu duk asrama.

First aq mimpi kawan aq si Ain kene histeria, teruk gile laa dia kene. Dalam mimpi tu aq pandai lawan bende2 tu. Aq pandai silat pulak tu. Aq lawan bende tu, bende tu mcm marah dgn aq. Aq peluk si Ain tu, suh dia lawan. Ain tu tolak aq. Muke dia mmg seram gila. Kepala dia senget, senyuman dia, Ya Allah.. Tetiba dia cakap "Mu benci Kemal kan?? mu benci Kemal kan??" aq pun jawab "Kalu aq benci jadi gane?? hah!!" Bende tu senyum, memang seram gilaa laa. dia jawab, "Mu tunggu, mu tunggu nape aq wt...", lepas tu, aq bangun tido terus aq cari Ain. Memang mcm real la mimpi tu. Aq pun cerita kat Ain, memang aq nk nangis mase tu, Ain cakap "xdk bnde eh, mainan tido je.. mu g mandi, nk masuk asar dh ni". Selang sebulan, aq mimpi Ain kene histeria pulak, dalam mimpi tu, aq x lawan bende tu, tapi ade seorang makcik ni, dia mcm reti laa. Dia yg berubat Ain. Mak cik tu mcm tahu bende tu ade tak dgn kita, lepas Ain dah okay, aq pun tanye "Chik, saye "ade" tak?", Mak cik tu tengok aq dia senyum, dia cakap, "Ade, 'dia' ade kat belakang sebelah kiri kamu", lepas tu aq rase mcm ade orang gosok belakang aq, 3  kali aq mcm "shock", kali ke-3 aq terkejut tido, tengok jambaru kul 3 lebih la. Lepas tu aq rase mcm ade bende tengok aq dgn mate yg tajam, aq pun amik bantal tido rapat dgn najwa.Biasenye aq tido atas lantai dgn najwa, & aq kurang tido rapat2. Mase malam tu la aq mmg rapat gilee laa tido tepi Wawa, nk peluk je aq rase. Memang aq takut gile mase tu. Pagi tu Wawa pelik tgk aq rapat gile dgn ye. sbb biasa aq mmg x suke tido tepekk dgn org. Aq pun citer laa pasai hapa... dioranh just diam. Ain je cakap "Bakpe asal mu mimpi histeria, aq sokmo kene?" Hahaha. 

Act, banyak lagi. tapi malas dah aq nak taip. hehehehe. bende tu ade dimana2. sekarang ni pun. mungkin duk tepi awak. Hihihihi~