Hai blog! Baru balik dari Perkhemahan Pengakap 77 SMKKMT buat pertama kalinya diadakan. Aq jadi urusetia yg SANGGAATTT setia. Tido pun same dengan budak2 tau. Hahahaha.
FIRST DAY.
Aq start citer mase naik bas ek? Hahaha. Okay, aq start mase sampai ke Kem Kokurikulum Merbau Menyusut. Mase dah turun bas tu, aq tengok keadaan kem tu, WAHH!!!!!! DAEBAK!!! Mase duk kumpul ramai2 dekat dewan dia, budak2 ni kena marah di Pok Su orang panggil. Sebab budak - budak merayau. Aku pun pergi kat tempat urusetia dkat bawah sbb Rozailan panggil untuk makan tengahri. Aq turun.. WAA!!! Sungai!!
Sape tak geram woi!! air sejuk, tapi tohor jelaa. Memang la tohor sebab musim panaih kan. Hahaha. Memang best laa. Lepas makan2, pergi balik kat dewan. Aku pun tak ingat. Makan dulu ke, atau pergi kat dewan sebab taklimat pasal kem. Hahaha.
Lepas tu, solat zohor. Lepas solat zohor budak2 ni buat tripod (gajet) dengan dirikan khemah. Hahaha. Macam2 ragam adee...
![]() |
| Budak2 rusuhan. Hahaha |
![]() |
| Pengerusi yg serius. Hahaha |
![]() |
| Pengakap Veteran :) |
![]() |
| Mengikat tripod |

First day tak banyak sangat bende citer, just bende - bende chengginila. hahahaha.Malam tu cita2 pengakap. Budak - budak ni bercerita tentang bendera jalur gemilang and bla bla bla.. ntah aku tatau sebab aku mengantuk mase tu. Hahahaha.
![]() |

SECOND DAY.
Second day ni banyak aktiviti. Hahaha. Pagi - pagi bute budak2 kawad. Sarjan askar pulak yang mengajar. Baru tahu macam mana rasanya. Hahaha. Waktu pagi tu tak banyak sgt aktiviti. Cume aktiviti dalam kem je. Macam belajar bantuan kecemasan? hahaha, belajar ikatan. Yang aky tau cuma ikatan buku sila, simpul manok dengan simpulan abah abah. Hahahaha. Mase petang tu aktiviti kembara. Aku membayangkan kembara masuk hutan tengok monyet, tengok tupai, tengok popok2. Memang tengok pokok - pokok. Pokok kelapa sawit. Hmm. Harapan ku hancur. Bosan gile. Hahaha. Mase duk tunggu budak tu habis aktiviti dekat situ, ikut ckgu turun ke sungai. WAA!!! geram wuu tengok air sungai.
Lepas budak - budak habis main orienteering, aku naik jambatan gantung. Hahahaha. best woo.. sorang komander kem tu cakap "Kalu awok nok naik, balik kekgi kite naik jambatan gantung". Best gilerr.. tengok air sungai mengalir dari bawah. Hahahaha.
Cikgu Azhar ada berpesan dekat aku. Dia cakap "Mu Syah, mu kene cari tok laki*suami* hok brahi khemoh macam ge mu. Kalu dokk... sian ke mu la kempunan nok khemoh lepah nikoh ekgi". Cikgu Badrul "Selagi, awok kene cari orang hok tahan dengan mulut awok hok leser owr" (-_-''). Lepas kembara, balik kem sembahyang asar. Budak - budak lepas sembahyang asar diorang main larian komando. Best woi!! Mase aku kem pengawas dulu, dalam banyak2 pengawas perempuan, akulah orang pertama habiskan larian. Hahaha. What ever. Lepas tu join budak2 terjun sungai. Hahahaha.
![]() |
| Syok main selut lettew |
![]() |
| Mandi sungai dengan budak2 |
LAST DAY.
Last day ni sedih. Malas nak kemas barang satu hal. Hmm. Pesan Pok Su "Sebelum adik - adik naik bas, bacelah al - Fatihah,". Rindu semua krew2 yg terlibat. Hahaha. Hari last ni tak banyak bende nak cerita. Entahla. Mungkin sebab sedih kot. Mase otw nak balik, bas mapuh. Dugaan, Ujian dari-Nya. Hahaha. Tak tahu nak cerita apa. Sebab rasa macam aku masih ade dekat kem tu.
Lepas aku balik dari perkhemahan ni, semangat pengakap aku kembali. Once Scout, Forever Scout. Salam Pengakap! :)

















