Thursday, 30 June 2016

#THROWBACK :)


Holla blog! long time not see! Hahahaha. dah lama tak bukak blog. Tetiba dalam memory lane pasal asrama. Hahahahaha. See, tajuk pun nama #THROWBACK :). Ni throwback pasal Asrama 2014. Dah nak hampir 2 tahun aku tinggalkan asrama. Masih terasa dengan suasana asrama :). Okayy.. let's begin...

Alkisah malam pertama di asrama selepas hari pendaftaran. Aspuri dah ada kapten time tu, cuma nak cari AJK asrama dgn biro2 asrama. Aku duduk depan sambil termenung and aku suke tengok jam. Ntah, dah buang tabiat aku ni. Hahahaha. Lepas tu dengar cikgu Badrul si warden asrama lelaki bagitau "Okay budak aspuri, kita dah ada Kapten, sekarang kita nak cari naib kapten dulu. Pilih la kakak awak yang paling lama duduk asrama, yang rasa boleh harap *sambil pandang aku* dan awak rasa boleh jaga awak2 semua" Aku rase nak cekik2 je cikgu time tu. Lepas tu terdengar budak2 jerit nama aku "KAK ECAH!!! KAK ECAH!!!!" Cikgu salbina cakap2 dengan Cikgu Badrul and she said "Ecah, awak naib kapten untuk tahun ni" Whattaheck?! 

Okaylaa.. aku redho dalam masa yang sama aku pun suka sebenarnya. KAHKAHKAH! Ramai yang cuak sebenarnya. Sebab selama ni diorang just nampak aku seorang yang garang, bengis, err... dan sewaktu dengannya lah.  Kapten si Ain tu pun first lega jugak sebab dapat aku sebagai pembantu sebab dia tau budak2 takut aku. KAHKAHKAH! Okay~ kehidupan aku as Naib Kapten advance sebab aku boleh bawak phone ke asrama. Hahaha. Even aku jadi Naib Kapten, bukan mudah aku nak buang dunia jenayah aku, especially FLY!

Budak2 semua first tu takutkan aku. Kalau lalu sebelah aku, tunduk sikit and tegur "Kak Ecah~", Aku macam biasa, kalau aku tak biasa dengan seseorang tu, aku akan angkat kening and senyum senget je. HAHAhA! Dan time aku sekolah dulu, panas baran aku sangatlah teruk berbanding aku masuk U. Sangat teruk. Mungkin sebab dari jadi squad leader dulu kot. Ntah. Hahaha. 

Jenis aku sangat suka perhatikan satu keadaan. Setiap selasa, surau asrama aku akan adakan usrah. Dan setiap penghujung usrah tu ustaz akan ceramah dan bagi kesimpulan menyeluruh pasal tajuk usrah. Aku peghati je budak2 asrpuri ni. Kalau ade sorang 'ustaz terjun' bagi ceramah pasal cinta, kemain khusyuk mengkome ye. Ni pasal kehidupan harian bising cam nokharomm. And malam roll call tu mestilah aku meletup gila babengg. hahahaha. Semua diam. Tahan la dalam sebulan lebih. Lepas tu buat lagi. Choii~ tak cukup kena clorox. 

And ada sekali tu, Kapten takdak, Ketua warden takdak and warden asrama pun takdak. So, aku lah paling berkuasa dalam aspuri tu kan??? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA *gelak setan*. Adalah malam sebelum tu budak2 tingkap bising gilaa sampai budak yang tengah tido boleh terbangun kau. Haa. aku ape lagi, sound dari koridor luar. HAHAHAHA. Ingatkan nak bawak hal tu roll call malam esok. Tapi aku bawak je. HAHAHA. Andd... Pada petang keesokkan harinya, hari Jumaat dimana minggu asrama tak balik. Dalam pukul 7.00 p.m. aku naik aspuri sebab aku petang2 bese main bola tampar. Aku naik mandi2 and turun dalam pkul 7.15 p.m.. Selepas selesai solat maghrib dalam pukul 7.30 p.m. la. Saf pun x sampai sebaris. Okay.

Dalam pukul 7.45 p.m. aku serbu masuk aspuri. Aku jerit dari bawah, dekat ampaian "DALAM MASA 5 MINIT AKU NAK TENGOK BILIK SEMUA KOSONG!! KALAU DALAM MASA 5 MINIT AWOK MU *korang* TAK TURUN SURAU, TUNGGU JELA AKU DENDA APE MALAM NI" Lepas tu aku terdngar lah orang duk hemapas locker, belari la, bunyi kelam kabut la. HAHAHAHAHA. Aku pun terus berlalu ke surau~. fufufufufufuuu~~~~.. Aku tunggu depan surau sambil menyandar dekat tiang surau. Belari sorang2. Lagi cuak tengok aku ade depan surau. Aku pun masuk dalam  surau. Aku terdengar lah pili paip bukak. Aku kluar lah tengok. Haii, dah lame2 duduk dalam bilik tak solat maghrib lagi? Dan semestinya aku tak berdiam diri je. Terus aku pergi dekat budak2 form 2 dan bertanya "Baru nak solat maghrib?" diorang just diam. Aku pun bagi la sedas dua ayat yang kasi menyengat "Duduk lama2 dalam bilik turun surau baru nak solat maghrib. Duduk dalam bilik lame2 wt nape? xkan x sempat nk solat?" Semua diam ja. KAHKAH! 

Lepas solat maghrib dengan Isyak, aku kumpulkan semua budak2 aspuri. Budak2 pun dah boleh agak apa yang bakal berlaku dengan raut muka aku dah macam singa. Memang kaw kaw la aku bagi. Habis aku bebel. HAHAHAHA. Sebab aku pernah bagitau "Jangan bagi kak ecah hilang sabar". Tapi memang time aku jadi Naib Kapten tu, ramai gila tak suka aku. And salah satu punca ada orang cakap aku nak rampas pakwe orang

Euww.. Kau ingat aku takde kerja lain ke? Setakat lelaki tu, sebelah mata aku tak pandang tau? Lepas tu ada pulak pemfitnah yang sememangnya menabur cerita bagi secukup rasa. I feel like a What the f..k is going on?! Dah la hampir satu aspuri pandang serong dekat aku??? Ingat aku nak sangat kee jantan tuu??? Lepas tu ade pulak sorang mamat ni acah2 Romeo. Phuih! aku menyampah gilaaa. Dah la cah2 gentleman, hati tisu, kuat tacing! Phuih! Emo tak tentu pasal mengalahkan aku time mood swing.  haha. Manusia paling kelakar time form 6 and bahan lawak antarabangsa. Dah. Malas nak bukak cite pasal tu. Sakit hati aku.

Dalam sebulan sebelum bulan puasa, aku start rapat dengan budak bilik sebelah aku. Bilik 2.7. hahaha. Rindu korang. Diorang lepas rapat dengan aku baru lah diorang tau perangai aku cam mane and diorang tak sangka perangai aku sebenarnya sangatlah lain dengan diorang nampak sebelum ni. Well, this is kak ecah lah *tiup kuku* .  Tapi time jamuan akhir tahun asrama, rase sangat lah sedih. Ye laa. last time kut dengan diorang. Hahaha. 

And now still ade yang contact, lost contact, lost terus pun ade. Aku rindu zaman 2014. Rindu sangat2. Terlalu rinduu... terlalu rinduu.. hahahaha. kbai.